Hebatnya Hui Ling, murid bukan Islam 8A UPKK

   'Saya boleh baca al-Quran walaupun tak ada kitab tu di rumah' - kongsi murid agama Buddha yang da

Hui Ling menunjukkan buku rujukan subjek UPKK yang dimiliki.

'Saya boleh baca al-Quran walaupun tak ada kitab tu di rumah' - kongsi murid bukan Islam 8A UPKK

KUALA NERUS - Luar biasa. Itulah yang dapat disimpulkan mengenai kehebatan Por Hui Ling, 11, apabila berjaya memperoleh 8A dalam peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK)   tahun ini yang diumumkan kelmarin.

Murid tunggal bukan Melayu di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Jiring, di sini, itu memperoleh semua A dalam mata pelajaran  Ulum Syariah, Jawi dan Khat, Bahasa Arab, Penghayatan Cara Hidup Islam, Adab, Amali Solat, Sirah dan Al-Quran.

Anak ketiga daripada empat beradik kepada pasangan Por Kim Sin, 62, dan Yeap Bee Fai, 43, itu juga bukan sahaja dapat membaca, menulis jawi dengan begitu baik, tetapi juga boleh membaca al-Quran.

"Walaupun tidak mempunyai al-Quran di rumah, tetapi saya berpeluang membacanya ketika berada di sekolah.

"Ia sangat seronok sebenarnya kerana kita dapat mempelajari sesuatu yang baharu dan berbeza," katanya.

Hui Ling menunjukkan keputusan 8A diumumkan melalui online.

Menurut Hui Ling, meskipun dilahirkan sebagai bangsa Cina dan menganut agama Buddha, namun ia bukan satu kesalahan buatnya untuk mempelajari mengenai agama lain bagi  menambah pengetahuan.

Ditanya mengenai minatnya untuk mengikuti kelas yang biasanya diambil oleh murid Melayu dan beragama Islam, jelas Hui Ling, ibu dan ayah merupakan pendorong utamanya untuk mengikuti Kelas Asas Fardu Ain (Kafa).

"Saya mula ikut kelas KAFA ketika tahun 2 selepas dapat dorongan ibu bapa yang nak saya belajar sesuatu yang baru.

"Saya tak nafi pada mulanya agak susah untuk saya kuasai, tapi dengan tunjuk ajar guru dan kawan saya kini dah boleh baca dan menulis Jawi dengan baik," katanya ketika ditemui di kediaman keluarganya di Taman Desa Jaya, di sini, semalam.

Hui Ling menunjukkan tulisan jawi hasil tulisan tangannya.

Menurut murid yang bakal memasuki tahun 6 apabila sesi persekolahan bermula awal tahun depan itu lagi, keputusannya untuk mengikuti pendidikan Kafa itu juga secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan dengan murid Melayu yang lain.

"Selain saya, abang yang kini belajar di Sekolah Menengah Sains Setiu, Por Jie Hua, 14, juga turut ikuti kelas Kafa dan mendapat keputusan 5A 3B  tiga tahun lalu.

"Malah, adik bongsu Por Jing Yi, 6, juga dilihat turut meminati tulisan jawi," katanya yang turut mengajar adik lelaki bongsu yang kini merupakan murid pra sekolah di sekolah yang sama," katanya.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Desa Jaya, Harun Mamat berkunjung ke rumah Hui Ling untuk mengucapkan tahniah.

Hui Ling (tengah) bersama Jie Hua dan Jing Yi yang turut boleh menguasai jawi.

Hui Ling menunjukkan kemahiran menulis jawi sambil diperhatikan Jie Hua (kanan) dan adiknya, Jing Yi (kiri).

Hui Ling menunjukkan keputusan cemerlang 8A dalam UPKK ketika ditemui di Taman Desa Jaya, semalam.

  1. 有關近日人民宗教學校(SAR)課題,董教總認為政府應發表白皮書,解釋宗教學校議題的來龍去脈,如其課程內容乖離什麼?何謂妨礙國家發展?以讓社會大眾就當局對人民宗教學校的處理有一個全面了解,並判斷其處理手法是否適當。 
  2. 宗教學校存在於馬來西亞歷史久遠,然而,其運作並沒有規范化。董教總認為如果社會有所需求,父母覺得其兒女應接受具宗教色彩的教育,宗教學校就有其存在的需要;而根據當局的統計數據,在馬來西亞,每7名巫裔學童即有1名報讀宗教學校。宗教作為一種人生價值觀,在化解伴隨著經濟增長所帶來的發展危機,及其背後的文化和精神危機,扮演一定的角色。 
  3. 近幾個月來,政府多次聲稱欲對人民宗教學校有所行動,可是卻無明確執行方針,讓社會大眾無所適從,而受影響的父母及學童更是受盡煎熬。 
  4. 由於涉及的學生、教師眾多,因此對社會所帶來的影響不容忽視。我們認為政府的白皮書內容,也應包括搬遷人民宗教學校及學生所可能帶來的後果有所估計,如學童對新環境的適應、心理狀態的調整、父母的經濟與精神負擔、學校設備被荒廢等等。 
  5. 董教總作為大馬民間教育團體,秉持多元開放的教育及文化政策,我們提倡不同族群之間的諒解及團結,並關注所有社群的教育課題。

參考來源

喜歡這篇文章嗎?立刻分享出去讓更多人知道~